Monday, February 1, 2010

HARI MENDUNG KIAN BERLALU..

hari terindah bersama kawan-kawan mmg susah nak dilupakan walau pun sesaat..kenangan indah semasa menuntut jurusan Rekaan Hiasan Dalaman..menemukan aku dengan banyak kenangan dan pengalaman,..kini kami kian dewasa..hampir 5 tahun kami sudah menamatkan pelajaran..kini seorang demi seorang melangkah kealam rumah tangga..yang paling indah..bersama orang yang tersayang.aku tak pernah impikan atas terlintas ingin menamatkan zaman bujang aku dengan insan yang aku sayang..bagi aku cukup aku letakan satu andaian...aku takut dengan harapan.dulu aku pernah letak kan harapan itu..tapi ia dah musnahaku bersyukur..dia boleh menerima ku sehingga 8 tahun..Allhamdulilah kini dia bergelar tunangan ku...

tidak sampai 90 hari lagi majlis kami berlangsung...aku mungkin bergelar isteri ke Fadly Ezudin..percayalah..hati aku tulus ikhlas mencintai dia seorang...walaupun ada ketika hati ini sakit..sakit tentang kenangan pahit yang pernah kau cipta kan..jodoh menyebelahi kita..aku masih ingat ketika itu..hanya menyerah kan diri pada takdir..pergaduhan tercipta kerana..imbasan dan kenangan yang kadang2 aku terbayang..aku sedih..aku tak tahu..kenapa dia sanggup lakukan perkara itu...andai hati aku ini kaca..pasti ia berkecai..tapi aku manusia berhati manusia...aku lupakan dan maafkan atas apa yang terjadi..aku sedar..mungkin aku lalai dan aku terlupa padaNya...aku pohon ...aku mmg benar cintakan insan ini..seluruh nyawa ku..seluruh hidupku..

PERCAYALAH..insan ini insaf juga dengan sifat nya dulu..kini kami kian pulih..membina satu ikatan cinta.,yang kami baru sedar ia cinta dan dicipta untuk kami...aku mahu kamu,,,aku mahu generasi ku bersama mu..melahirkan zuriat untukmu...membuktikan ikatan cintaku..bersamamu..biarlah orang berkata..biarlah orang menghina..aku ini memang lah tidak sempurna...cukup hidupku bersama insan-insan yang ku sayang..

No comments:

Post a Comment